Sabtu, 20 September 2008

Badudun

Badudun dalam istilah bahasa Melayu Kadayan, Bisaya dan Lun Bawang bermakna berkunjung, bertamu, menziarahi dan berhimpun. Selalunya di bulan ramadhan di Limbang ini Wakil rakyat, Ketua-Ketua Jabatan, pemimpin NGO dan Ketua-ketua masyarakat mengadakan program badudun di masjid-masjid atau surau-surau di sekitar Limbang dan Lawas. Program seumpama ini bukan sahaja sebagai mengimarahkan masjid dan surau tetapi dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara masyarakat kampung dengan pemimpin masyarakat dan anggota kerajaan di Limbang.

Program ini telah dilaksanakan tiga tahun yang lalu dan sambutan amat mengalakkan. Program seumpama ini perlu di dilaksanakan di masa akan datang dengan penglibatan dari semua golongan terutamanya pihak swasta, NGO dan individu-individu untuk menaja majlis berbuka puasa, memberi sumbangan kepada golongan miskin dan fakir di tempat yang dilawati.